PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyeru semua pihak agar bekerjasama dalam memobilisasi usaha bagi memastikan kemiskinan benar-benar dapat disifarkan dan tidak dibebankan ke atas kerajaan.
Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah itu berkata ini termasuk badan bukan kerajaan (NGO), tokoh individu, gerakan swadaya, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan entiti perniagaan.
"Peranan menoktahkan kemiskinan ini tidak hanya perlu dibebankan ke atas kerajaan sebaliknya kita semua bertanggungjawab untuk bekerjasama dalam menjayakannya.
"Golongan B40 yang rentan dan rapuh serta yang memerlukan pertolongan mesti dibantu agar mereka dapat keluar daripada belenggu kemiskinan lebih-lebih lagi golongan tersebut berisiko menghadapi tekanan emosi dan mental," katanya dalam ucapan perasmian Kongres Menoktahkan Kemiskinan: Peranan Sektor Ketiga di sini hari ini.
Teks ucapan beliau dibacakan oleh Setiausaha Politiknya bagi Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Mohd Razlan Muhamad Rafii.
Memetik nilai 'Ihsan' dalam konsep Malaysia MADANI, Ahmad Zahid berkata Inisiatif Pendapatan Rakyat yang dilaksana memberi kesan terhadap penurunan jumlah isi rumah dalam kategori miskin tegar kepada 18,000 keluarga seperti diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika pembentangan Belanjawan 2024 pada 13 Okt lepas.
Beliau berkata kerajaan turut mewujudkan pelbagai insentif antaranya Sumbangan Tunai Rahmah, Sumbangan Asas Rahmah, subsidi kepada pesawah dan pekebun kecil.
Bagi peringkat kementerian pula, Ahmad Zahid berkata beliau telah mengusulkan agar gerakan koperasi negara perlu bergerak secara bersepadu menerusi pembentukan satu gabungan atau federasi untuk meningkatkan ekonomi dan kesejahteraan rakyat.
Beliau berkata ia kini penyumbang ketiga kepada ekonomi negara selepas sektor kerajaan dan swasta yang menyaksikan jumlah keanggotaan 7.3 juta dengan modal syer serta yuran terkumpul sebanyak RM16.5 bilion.
Pada 30 Julai lepas, Ahmad Zahid menyeru agar gerakan koperasi di Malaysia bergerak secara bersepadu untuk membantu kerajaan menoktahkan kemiskinan tegar dan berharap ia dapat terlibat secara serius ke arah merealisasikan ikhtiar kerajaan menurunkan harga barang keperluan asas seperti gula, tepung serta minyak masak.
Kongres anjuran Yayasan Basmi Kemiskinan dan Benevolent Malaysia dengan kerjasama Institut Penyelidikan dan Pengurusan Kemiskinan, Universiti Malaysia Kelantan serta Universiti Tenaga Nasional itu menghasilkan satu resolusi iaitu 'Peranan Sektor Ketiga bersama Menoktah Kemiskinan di Malaysia.'
Antara lain resolusi itu mengesyorkan agar peranan sektor ketiga seperti NGO, GLC serta tokoh individu terus diperkasa untuk bersama-sama membentuk jaringan di peringkat tempatan dan antarabangsa dalam usaha menoktahkan kemiskinan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 20 2023
Ahmad Zahid berkata ini termasuk NGO, tokoh individu, gerakan swadaya, GLC dan entiti perniagaan. - Gambar fail/Bernama
Tiada secebis pun bukti minyak Iran dipindah dari kapal ke kapal di perairan Malaysia - PM
Washington mendakwa Malaysia memainkan peranan sebagai penyedia perkhidmatan bagi penghantaran minyak Iran yang berdepan sekatan.
Pembukaan kampus UKM di Doha letak status pengajian tinggi negara di pentas dunia
Anwar berharap langkah dirintis UKM itu akan membuka laluan lebih luas dan besar kepada universiti awam Malaysia yang lain.
PM tiba di Republik Kyrgyz untuk lawatan rasmi dua hari
Perdana Menteri mendarat di Lapangan Terbang Manas di sini pada 10.20 malam waktu tempatan (12.20 tengah malam waktu Malaysia).
Asrama pelajar UniMAP terbakar dapat perhatian Perdana Menteri
Pengetua kompleks berkenaan Mohd Syamril Aklmar Chek Kassim berkata pihaknya amat berbesar hati atas keprihatinan Anwar.
RM30.3 juta laksana projek tangani banjir di Johor
Johor menerima peruntukan RM30.3 juta bagi melaksanakan pelbagai projek menangani bencana khususnya banjir akibat kesan perubahan iklim global.
Malaysia yakin Palestin telah buktikan kelayakannya untuk keanggotaan penuh PBB
Malaysia menggesa negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menyokong keanggotaan penuh Palestin menyertai badan dunia itu.
Terbuka Thai: Soon Huat-Lai Jemie terkandas pusingan pertama
Soon Huat-Lai Jemie tewas kepada Ruttanapak-Jhenicha 21-19, 17-21 dan 13-21 dalam masa 56 minit.
Orkid Malaysia bakal dipamerkan di KazanForum 2024
Orkid Malaysia akan dipamerkan semasa edisi ke-15 KazanForum 2024 yang bermula di Tatarstan pada Selasa dan akan diteruskan sehingga Ahad (19 Mei).
China dakwa Biden naikkan tarif sebagai kempen pilihan raya
Kementerian Perdagangan Beijing berkata AS sepatutnya segera membetulkan amalan salahnya dan membatalkan tarif tambahan yang dikenakan.
Pelaksanaan RDICE: Lebih RM9 trilion kepada KDNK menjelang 2030
RDICE mengandungi tiga teras, enam strategi dan 20 pelan tindakan akan memberikan manfaat kepada rangkaian hab inovasi global.
Harga bahan ruji, barang keperluan pengguna mungkin naik disebabkan kos operasi tinggi - Maybank IB
Maybank IB tidak menolak kemungkinan berlakunya kenaikan harga bahan ruji serta barang keperluan kesan daripada peningkatan kos pengeluaran dan operasi.
Trend harga di Malaysia makin mahal - Inflasi, indeks harga pengeluar naik pada Feb dan Mac - DOSM
Trend harga di Malaysia memperlihatkan peningkatan inflasi 1.8% pada Februari 2024 selepas tiga bulan berturut-turut dilaporkan pada kadar 1.5 peratus.
PM arah menteri turun padang tinjau harga, kuantiti barang menjelang Aidilfitri - Fahmi
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan semua menteri agar turun padang untuk melihat sendiri keadaan semasa termasuk isu berkaitan harga dan kuantiti barang keperluan di pasaran.
Bekalan cukup pengaruhi kestabilan harga - Armizan Ali
Pelbagai elemen diambil kira dalam menentukan harga barangan termasuk ketersediaan bekalan di pasaran yang akan mempengaruhi kestabilan harga.
Kadar baharu SST: Peniaga berperanan tentukan harga - Pakar
Pemerhatian mendapati ada peningkatan harga namun tidak melibatkan semua jenis barang.
Rakyat jimat RM27.8 juta melalui Jualan Agro Madani
Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, penjimatan itu melibatkan kira-kira 11.6 juta rakyat yang berbelanja di jualan tersebut.
Rafizi bidas Annuar Musa dakwa kerajaan gagal kawal ekonomi
Rafizi berkata, keutamaan dalam 2023 adalah menstabilkan harga barang dengan menurunkan inflasi kerana ia membolehkannya tidak terus melonjak naik sepertimana dialami kerajaan sebelum ini.
Kerjasama semua pihak perlu untuk capai sifar kemiskinan - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid menyeru semua pihak agar bekerjasama dalam memobilisasi usaha bagi memastikan kemiskinan benar-benar dapat disifarkan dan tidak dibebankan ke atas kerajaan.
Jawatankuasa khas fokus seragam harga barang di Sabah, Sarawak, Labuan
KPDN akan menjadi urus setia bagi jawatankuasa khas itu yang turut melibatkan kementerian lain serta wakil daripada kerajaan Sarawak, Sabah dan Perbadanan Labuan.
Belanjawan 2024: RM200 juta bagi inisiatif Payung Rahmah cerminkan usaha kerajaan bantu rakyat
Inisiatif Payung Rahmah amat membantu masyarakat khususnya golongan kurang berkemampuan mendapatkan barangan keperluan pada harga lebih murah.